MUKAH: Kebanyakkan daripada pengundi di sini memilih untuk membuang undi awal pagi walaupun cuaca mendung di merata tempat di daerah ini dari jam 7 hingga 1 petang.
Ada yang telah datang ke tempat mengundi seawal 7.30 pagi untuk
mengelakan barisan yang panjang.
Adalah difahamkan bahawa kedatangan pengundi agak ramai di sebelah pagi kerana mereka menjangkakan hujan akan melanda di merata tempat di bahagian ini pada sebelah petang.
Sementara itu, calon Barisan Nasional (BN) dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) telah datang mengundi di SK St Patrick Mukah pada kira-kira jam 8.10pagi.
Beliau yang ditemani pemandunya, Azery Abdullah, tiba di pusat membuang undi pada jam 7.50 pagi.
Ketika ditemui wartawan selepas membuang undi, beliau berharap ramai orang akan menjalankan tanggungjawab sebagai pemilih pada kali ini.
“Saya berharap orang ramai akan keluar mengundi dengan full force untuk menjalankan kewajiban mereka sebagai pemilih. Cuaca yang sejuk ini, kemungkinan akan membawa berkat atau shower of blessing untuk Barisan Nasional. Saya rasa cuaca begini agak baik untuk mengundi, tak
hujan dan juga tak panas,” ujarnya.
Pada pilihanraya kali ini, Dr Muhammad Leo ditentang dua pencabar, iaitu Hai Merawin daripada Democratic Action Party(DAP), dan Sylvester Ajah Subah, calon Bebas yang manggunakan lambang Bunga Raya.
Mukah mempunyai 26,551 pengundi berdaftar, dengan 70% terdiri daripada Melanau/Melayu, Iban 20% dan Cina, 10%.