Guru rogol dan liwat murid sejak 2006
posted on November 12th, 2009 @ 09 : 26 am by ModeratorSeorang guru lelaki yang mengajar di kawasan pedalamanLubok Antu direman tujuh hari kerana disyaki merogol lima murid berusia antara tujuh dan 10 tahun.
Orang Kena Tahan (OKT) sudah berumahtangga dan mempunyai dua orang anak.
Mangsa rogol sudah dihantar ke Kuching untuk pemeriksaan lanjut berikutan mengalami pendarahan di kemaluan.
Ketua Polis Daerah Sri Aman, Deputi Superitenden Police (DSP) Mat Jusoh Muhammad berkata siasatan itu diadakan sebelum pihaknya mengemukakan laporan berhubung kes terbabit kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk tujuan pendakwaan.
“Suspek yang juga penduduk tempatan di sini telah ditahan reman oleh pihak kami selama tujuh hari bagi tujuan siasatan lanjut,” katanya.
Suspek yang berusia 27 tahun itu ditahan di kediamannya selepas menerima laporan daripada sekolah berkenaan berhubung kes terbabit.
Menurut Jusoh, suspek dipercayai telah merogol lima orang pelajar perempuan sekolah terbabit yang berusia antara tujuh hingga 10 tahun semenjak dari tahun 2006.
“Kesemua mangsa dipercayai telah dirogol serta diliwat oleh suspek secara berasingan sejak 2006.
“Kesemua mangsa kes rogol ini telah dihantar ke hospital untuk tujuan pemeriksaan lanjut,” katanya.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut secara terperinci tentang kes rogol terbabit memandangkan kes berkenaan itu kini masih lagi dalam siasatan pihak polis.
